Tentang Kami

“Komitmen yang bersungguh-sungguh : Syarikat Bumiputera yang Menjana Impak dalam Industri Pembinaan dan Kejuruteraan”

Muhammad Qamarul Haikal B Abd Rahman

Muhammad Qamarul Haikal B Abd Rahman

Pengarah

Pendahuluan

       Diasaskan pada 27 November 2019, syarikat ini memulakan perjalanan sebagai sebuah entiti yang berdedikasi dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan kontraktor yang diiktiraf di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Dengan fokus utama pada kerja-kerja Pembinaan, Pembersihan, Kejuruteraan Awam, dan Engineering, syarikat ini terus berkembang menjadi sebuah nama yang dipercayai dalam industri. Sebagai sebuah syarikat yang 100% dimiliki oleh bumiputera, ia bukan sahaja mencerminkan kebanggaan tempatan tetapi juga komitmen untuk memberikan perkhidmatan bertaraf tinggi yang memenuhi piawaian terbaik. Tambahan pula, pendaftaran dengan CIDB Kelas Cl memperkukuhkan kredibiliti syarikat ini sebagai rakan kongsi yang boleh diharapkan dalam menjayakan projek-projek penting dengan penuh integriti dan profesionalisme.

      Pengalaman luas dalam bidang ini telah mendorong Che Bnena Enterprise untuk terus mengembangkan sayapnya, menawarkan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelbagai pelanggan, termasuk sektor swasta, pemilik persendirian, dan juga jabatan kerajaan. Dengan kepuasan pelanggan dan kualiti kerja sebagai keutamaan utama, kami bertekad untuk memberikan perkhidmatan terbaik yang memenuhi dan melebihi jangkaan setiap pelanggan kami. Kepercayaan dan sokongan yang diberikan menjadi asas kejayaan dan komitmen kami untuk terus maju.

Our Social Profiles

VISI

VISI DALAM MASA 5 TAHUN AKAN DATANG

USAHA.DOA.TAWAKKAL

VISI kami sangat jelas. Kami ingin menjadi kontraktor
bumiputra yang Professional, Limited dan Supervision

MISI

MISI kami untuk mencapai sasaran Pendapatan RM5 juta pada tahun 2025

OBJEKTIF
Dengan menumpukan kualiti modal insan dan
penggunaan teknologi masa kini, selain
memanfaatkan peluang kemakmuran negara yang ada

“..Alhamdulillah, rumah siap mengikut masa yang ditetapkan. Senang kami untuk merancang kemasukan rumah..”

Noriazizah Hamzah

“..Syukur sangat, saya dapat rumah sebiji seperti yang dijanjikan tinggal cuci kaki..”

Hj Raawi Abd Mutalib

“..Tiada kerisauan tukang atau kontraktor bawa lari duit kerana bayaran kemajuan mengikut hasil kerja di tapak..”

Mohd Fadli Mokhtar